Monday, January 5, 2009

Memori Gelap 2008 Ep1

2008 meninggalkan kita dan 2009 menjelang tiba. Sedar tak sedar sudah 6 hari permulaan tahun baru 2009 ini. Umur aku dah masuk 30 dah masuk golongan pertengahan.
apa azam anda tahun ni...?
Mungkin anda ada azam yang tersendiri untuk mengharungi tahun 09 yang dicanagkan sebagai
antara tahun yang mencabar dari segi ekonomi sedunia...ape pun life must go janji boleh makan..,ade pakaian... ade tempat tinggal... ekonomi anda stabil... takde perang...ade kerja dan anda enjoy your life.Bagi aku tahun 08 meninggalkan satu detik hitam yang sukar dilupakan sampai bila2 pun.
tanggal 1/3/2008 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku buat selamanya...
Ketika itu aku bersama bro gong dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Hulu Perak...

Seawal pukul 5 pagi kami bergerak dari BSP. Cuaca agak baik pada pagi itu tetapi sampai di rawang hujan yang agak lebat melanda kami berdua...kami meneruskan berjalanan juga walaupun pandangan agak kabur dan dibasahi hujan yang mencurah-curah. Oleh kerana keadaan semakin
buruk kami mengambil langkah untuk berhenti di RR.

Di RR kami duduk dan bersembang sementara menunggu hujan yang masih lebat. Ini merupakan ride aku yang kedua untuk menuju ke Betong ia agak mengujakan buat aku, iyelah kejadian lama membuatkan aku terbantut untuk sampai ke sana...he..he...he..

apabila cuaca agak baik kami pun meneruskan perjalanan..sampai rr Tapah kami berhenti rehat minum dan makan jam baru pukul 8.00 pg. Lepas isi minyak aku ternampak beberapa group moto besar tengah isi minyak. Kami pun meneruskan berjalan menuju ke grik sebelum ke Pengkalan Hulu.

Pagi itu cuaca agak basah, kelajuan normal je maklumlah ride santai...setelah masuk persimpangan ke kuala kangsar dari highway...kami bertemu 2 orang biker di tepi simpang 4 trafic light...mereka ni geng dual purpose..kami terus bergerak menuju ke grik...jalan dari KK agak besar dan banyak long coner...tapi perlu hati2 sebab kiri kanan ade kg diorang ni suka2 keluar je...


Dari jauh aku terperasan Bikes dual purpose berada di belakang. Bro gong telah menambah kelajuan aku turut sama megikut beliau..jauh juga la kami tinggakan mamat tu..rasa riak mula muncul dalam diri..


apabila sampai kat pekan grik kami pun pergi isi minyak kat sini pun jumpa satu group lagi...geng superbike ni...diorang dah nak belah lepas isi minyak(tak ramah)...tiba2 geng dual purpose tadi lalu diorang terus blah je...ke pengkalan hulu kot...Aku dgn bro gong lepak jap kat stesen minyak jap jam pukul 9.30pg. Bro gong cakap perjalanan dah dekat dah...jalan banyak corner sikit...
9.45pg terus gerak dari grik menuju ke pengkalan hulu..kelajuan tak laju sangat,,,sampai je satu selekoh tiba muncul kereta dia makan jalan aku...kat selekoh ape lagi DAMAGE 2.




INILAH KAWASAN KEJADIAN TERSEBUT








Inilah di antara gambar2 di tempat Kejadian...nantikan sambungan ke-2 wasalam....

2 comments:

BedahNooB said...

tapi akhirnya berjaya juga bro sampai ke betong, tahniah. tapi mungkin dah 2 kali DIA x bagi pergi ada sebab kot hihihi

gong said...

baro...pengalaman tu.bukan senang nak dapat.nak cari pengalaman tu jangan sekali.good write up bro!