Wednesday, August 4, 2010

Ninja 2011 konsep

Updated blog

Lama betul tak updated blog ni....dah bersawang dahhh...huhuhu..

Sunday, November 29, 2009

INFO: COPD

Simptom
  1. Batuk berterusan
  2. Batuk yang berkahak dan berlendir
  3. Sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal
  4. Mereka yang berusia lebih 40 tahun dinasihatkan berjumpa doktor
Diagnosis
Copd dapat dikenal pasti melalui diagnosis dengan mengenal pasti
sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, x-ray dan memeriksa fungsi paru-paru

Kesan
Boleh menjejas kualiti hidup pesakit dengan ketara. Ini disebabkan gejala seperti batuk berterusan.

COPD atau Sekatan Pulmonari Kronik dapat dikesan sekiranya anda sering batuk berterusan dengan kahak dan pernafasan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti fizikal seperti menaiki tangga atau pun mandi.
Tabiat buruk merokok sememangnya menjadi punca utama penyakit ini.
Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok tidak terkecuali
menjadi penghidapnya.
Pencemaran udara jugak sebagai salah satu faktor penyumbang menerusi
sulfur dioksida dan asap hitam. Malah risikonya sama dengan asap rokok.
Copd tiada penawar dan mengancam nyawa. Ia masih boleh dirawat untuk
bertujuan mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Rujukkan Berita Harian 'Padah COPD' 22 november 2009

INFO:Facebook..

Facebook dilancarkan pertama kali pada 4 februari 2004 oleh Mark Zuckerberg
sebagai media komunikasi antara mahasiswa di Harvard.
Pada 2006, facebook membuka pendaftaran untuk orang ramai yang
memiliki akaun e-mail.
Selain pernah menolak tawaran Frienster untuk membeli facebook pada harga
AS$10 juta, Zukerberg juga menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli facebook dengan nilai AS$750 juta dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli facebook dengan harga AS$1 billion.
Secara purata penguna facebook menghabiskan selama 19 minit sehari melakukan aktiviti di laman sosial tersebut.
Kira-kira 3,425,300 penguna dari Malaysia.


Rujukan dari Berita Harian 21 November 2009

Saturday, February 14, 2009

Jumpa Dengan Tun

Saya dengan En. Feroze

Tun memang menjadi idola saya sejak dari kecil lagi..satu masa dahulu saya hanya menyaksikannya di dada akhbar tak pun di television yang masa itu hitam putih dan dicas mengunakan bateri kereta...masa tu kat kampung masih belum ada lektrik lagi...bagi saya beliau adalah genius kerana melaksanakan pelbagai kemudahan dan kesenangan untuk rakyat...dari kerata nasional pertama sehinngga berdiri menara berkembar pertronas
semuanya dilaksanakan semasa pemerintahan beliau.
Tak sangka pada 1 hari saya berkesempatan untuk menemuramah beliau untuk 1 program rancangan untuk syarikat saya. Saya bersama Bos dan Bro Lan serta beberapa krew telah membuat persiapan rapi..saya sempat membeli baju berlengan panjang dan seluar slack untuk dipakai nanti. Tugas saya mudah sahaja cuma mengambil gambar stillfoto semasa proses rakaman dijalankan.
Hari yang dijanjikan pun tiba kami dibawak oleh pegawai untuk menaiki lift di menara berkembar petronas. Pejabat Tun berada tingkat yang paling atas sekali di menara 1 kalau saya tak silap inilah kali pertama saya menaiki lift yang paling tinggi kerana kami terpaksa berhenti di di sesuatu tingkat kemudian ambil lift yang lain untuk menuju ke pejabat Tun.
Setelah sampai kami sempat melihat dari atas kawasan sekitar KLCC memang cantik dan boleh lihat sampai ke batu caves...setelah menunggu sekejap kami dibenarkan untuk setup bagi menjalankan proses pengambaran...
Setelah semua sudah sedia Tun pun keluar dari biliknya. Inilah kali pertama saya melihatnya sendiri dari jarak dekat dan bersalam denganya betul-betul teruja...
Dengan senyumannya Tun menjawab soalan kami dengan bersahaja kagum saya masa tu raut wajahnya tenang sekali.
Setelah selesai saya berkesempatan bergambar dengannya untuk ditunjuk pada anak cucu saya nanti satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.