Sunday, November 29, 2009

INFO: COPD

Simptom
  1. Batuk berterusan
  2. Batuk yang berkahak dan berlendir
  3. Sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal
  4. Mereka yang berusia lebih 40 tahun dinasihatkan berjumpa doktor
Diagnosis
Copd dapat dikenal pasti melalui diagnosis dengan mengenal pasti
sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, x-ray dan memeriksa fungsi paru-paru

Kesan
Boleh menjejas kualiti hidup pesakit dengan ketara. Ini disebabkan gejala seperti batuk berterusan.

COPD atau Sekatan Pulmonari Kronik dapat dikesan sekiranya anda sering batuk berterusan dengan kahak dan pernafasan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti fizikal seperti menaiki tangga atau pun mandi.
Tabiat buruk merokok sememangnya menjadi punca utama penyakit ini.
Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok tidak terkecuali
menjadi penghidapnya.
Pencemaran udara jugak sebagai salah satu faktor penyumbang menerusi
sulfur dioksida dan asap hitam. Malah risikonya sama dengan asap rokok.
Copd tiada penawar dan mengancam nyawa. Ia masih boleh dirawat untuk
bertujuan mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Rujukkan Berita Harian 'Padah COPD' 22 november 2009

INFO:Facebook..

Facebook dilancarkan pertama kali pada 4 februari 2004 oleh Mark Zuckerberg
sebagai media komunikasi antara mahasiswa di Harvard.
Pada 2006, facebook membuka pendaftaran untuk orang ramai yang
memiliki akaun e-mail.
Selain pernah menolak tawaran Frienster untuk membeli facebook pada harga
AS$10 juta, Zukerberg juga menolak tawaran dari Viacom yang ingin membeli facebook dengan nilai AS$750 juta dan tawaran dari Yahoo yang ingin membeli facebook dengan harga AS$1 billion.
Secara purata penguna facebook menghabiskan selama 19 minit sehari melakukan aktiviti di laman sosial tersebut.
Kira-kira 3,425,300 penguna dari Malaysia.


Rujukan dari Berita Harian 21 November 2009

Saturday, February 14, 2009

Jumpa Dengan Tun

Saya dengan En. Feroze

Tun memang menjadi idola saya sejak dari kecil lagi..satu masa dahulu saya hanya menyaksikannya di dada akhbar tak pun di television yang masa itu hitam putih dan dicas mengunakan bateri kereta...masa tu kat kampung masih belum ada lektrik lagi...bagi saya beliau adalah genius kerana melaksanakan pelbagai kemudahan dan kesenangan untuk rakyat...dari kerata nasional pertama sehinngga berdiri menara berkembar pertronas
semuanya dilaksanakan semasa pemerintahan beliau.
Tak sangka pada 1 hari saya berkesempatan untuk menemuramah beliau untuk 1 program rancangan untuk syarikat saya. Saya bersama Bos dan Bro Lan serta beberapa krew telah membuat persiapan rapi..saya sempat membeli baju berlengan panjang dan seluar slack untuk dipakai nanti. Tugas saya mudah sahaja cuma mengambil gambar stillfoto semasa proses rakaman dijalankan.
Hari yang dijanjikan pun tiba kami dibawak oleh pegawai untuk menaiki lift di menara berkembar petronas. Pejabat Tun berada tingkat yang paling atas sekali di menara 1 kalau saya tak silap inilah kali pertama saya menaiki lift yang paling tinggi kerana kami terpaksa berhenti di di sesuatu tingkat kemudian ambil lift yang lain untuk menuju ke pejabat Tun.
Setelah sampai kami sempat melihat dari atas kawasan sekitar KLCC memang cantik dan boleh lihat sampai ke batu caves...setelah menunggu sekejap kami dibenarkan untuk setup bagi menjalankan proses pengambaran...
Setelah semua sudah sedia Tun pun keluar dari biliknya. Inilah kali pertama saya melihatnya sendiri dari jarak dekat dan bersalam denganya betul-betul teruja...
Dengan senyumannya Tun menjawab soalan kami dengan bersahaja kagum saya masa tu raut wajahnya tenang sekali.
Setelah selesai saya berkesempatan bergambar dengannya untuk ditunjuk pada anak cucu saya nanti satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.

Wednesday, February 11, 2009

New Honda ND







Monday, January 12, 2009

Fist Time Masuk Track Sepang



Salam...dalam 2 3 minggu lepas sedang aku tengok2 gambar ride aku bersama dengan sbk ni aku terjumpa gambar fist time masuk track dengan group SIC. Masa tu masuk free je...time tu aku baru-baru kenai dengan orang lama dalam bidang nii...

masa tu pukul 4ptg sampai ke 7ptg track di buka dan anda boleh la belasah sampai muntah...moto pun tak banyak...puas hati giler.





Dari kiri aku..bro amir(fjr), bro boe(z750s) dan Bro is...sifu dan orang lama kira otai ni..(hayabusa)




Dari kiri Bro Amir , Bro Mick dan aku tengah control hensem tu heheh...

Trip ke Krabi-Koh Lanta Thailand

Baru-baru ini aku ada baca satu artikel dlm satu majalah pemotoran mengenai journey mereka menaiki motor cub menuju ke krabi-Koh Lanta sebuah pulau yang terletak di daerah krabi ini menyajikan keindahan dan kecantikkan pulau2 dan pantai yang bersih..bebas dari pembangunan terdapat lebih kurang 20,ooo penduduk yang terdiri muslim dan cina...masalah untuk mendapatkan makanan halal di sini tiada masalah kerena terdapat penduduk ramai penduduk islam di sini...





air jernih giler beb


antara pemandangan yang menarik




Pulau James Bond yang menghadap lautan Andaman mempunyai pantai landai dan kehijauan bukit PULAU Krabi mempunyai pantai yang menarik untuk dikunjungi. Keluasannya 4,709 kilometer persegi, menghadap lautan Andaman dan paling istimewa, dikelilingi lebih 130 pulau.
Pasir pantainya putih, air jernih serta bayu laut segar melegakan keletihan
para2 bikerz sepanjang perjalanan yang mengambil masa panjang dari Kuala lumpur-Hatyai...






Wilayah Krabi mempunyai lapan daerah atau Muang, bandar utamanya Kao Panom, Klong Tom, Plai Praya, Koh Lanta, Ao Luk, Lam Tap dan Neua Klong. Daerah Muang, antara destinasi yang dikunjungi dilitupi kehijauan pokok getah, kelapa sawit, limau dan kelapa, malah di sepanjang perjalanan kawasan perkampungan turut mendamaikan kerana menghadap kawasan berbukit-bukau dan hutan semula jadi.Kegiatan lasakPULAU Krabi memiliki kawasan yang sesuai untuk melakukan kegiatan sukan lasak seperti jet ski, bot laju dan memanjat bukit atau `rock climbing'.

Namun, kedamaian menginap beberapa hari di pulau itu mula terasa apabila melihat kecantikan alam semula jadi.Antara gugusan pulau yang menarik di Krabi ialah Phi Phi dan James Bond di samping kawasan peranginan Rayavadee kerana keindahannya paling menakjubkan. Menerokai keindahan setiap daerahnya juga adalah pengalaman yang mengasyikkan kerana sepanjang perjalanan para bikez dapat menyaksikan kawasan perkampungan yang mendamaikan.

Walaupun pembangunan di kawasan terbabit giat dijalankan, namun kejernihan air dan kebersihan sekitar pantai membuktikan bahawa kerajaan dan rakyat Thailand serius menjaga khazanah asli negara. Ini bagi mewujudkan percutian yang istimewa.Pengurus sebuah pusat peranginan di Rayavadee yang hanya mahu dikenali sebagai Shaa, berkata seperti pulau peranginan lain sekitarnya,

Bagi bikez yang ingin melakukan snorkeling, Rayavadee adalah kawasan paling sesuai kerana segala kemudahan untuk kegiatan ini termasuk pasukan pakar penyelam sudah sedia ada. Jarak antara Rayavadee ke kawasan snorkeling cuma 20 minit dengan menaiki bot laju. pantai Rayavadee sesuai dikunjungi setiap golongan selain memiliki semua kemudahan santai yang diperlukan sama ada golongan muda mahupun yang berusia.

Jadi tidak perlulah anda berbelanja lebih untuk menyewa bot bagi menikmati percutian yang maksimum kecuali kalau hendak membeli belah barangan perhiasan rumah, kosmetik atau aksesori buatan Thailand.

Di Rayavadee, khidmat urut tradisional Thai dan aromaterapi yang disediakan juga sudah cukup untuk membuatkan pengunjung terlena, menghilangkan tekanan dan melupakan seketika kesibukan bekerja serta suasana hiruk pikuk di bandar.

Ao Nam adalah antara tempat menarik di Muang sedang menjalani pembangunan pesat seperti pembinaan jalan raya, pusat beli belah dan penginapan yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

pengunjung dinasihatkan mendapatkan maklumat pasang surut air daripada agensi pelancongan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.Tidak sukar mendapatkan makanan Thai yang enak dan halal kerana hampir 85 peratus penduduk Krabi beragama Islam.

Sesiapa yang mengunjungi Krabi, mereka bukan saja boleh menikmati keindahan pantai, malah boleh ke pulau berhampiran menaiki bot dengan tambang 50 bhat (RM5) di jeti Ao Nam.Lebih istimewa, pelancong boleh mengunjungi tapak perkuburan siput di Ban Laem Poh yang dulunya adalah paya air tawar besar yang menjadi rumah kepada sejenis siput.(SUMBER DR KTAK)


Map Pulau Koh Lanta


Untuk ke Koh Lanta kita akan menaiki Feri dari Klong Chilat yang terletak 3km dari pekan krabi dan ia mengambil masa 2jam untuk sampai...Untuk merasai semua ini marilah kita ke sana...

ADA BERANI KA PARA2 SAHABAT DI LUAR SANA...

Thursday, January 8, 2009

New Design Bike







































Bayangkan masa akan datang semua moto design macam ni....agak-agak boleh cecah lutut tak....?







group SIC




Wednesday, January 7, 2009

Monday, January 5, 2009

Memori Gelap 2008 Ep1

2008 meninggalkan kita dan 2009 menjelang tiba. Sedar tak sedar sudah 6 hari permulaan tahun baru 2009 ini. Umur aku dah masuk 30 dah masuk golongan pertengahan.
apa azam anda tahun ni...?
Mungkin anda ada azam yang tersendiri untuk mengharungi tahun 09 yang dicanagkan sebagai
antara tahun yang mencabar dari segi ekonomi sedunia...ape pun life must go janji boleh makan..,ade pakaian... ade tempat tinggal... ekonomi anda stabil... takde perang...ade kerja dan anda enjoy your life.Bagi aku tahun 08 meninggalkan satu detik hitam yang sukar dilupakan sampai bila2 pun.
tanggal 1/3/2008 merupakan hari yang bersejarah dalam hidup aku buat selamanya...
Ketika itu aku bersama bro gong dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Hulu Perak...

Seawal pukul 5 pagi kami bergerak dari BSP. Cuaca agak baik pada pagi itu tetapi sampai di rawang hujan yang agak lebat melanda kami berdua...kami meneruskan berjalanan juga walaupun pandangan agak kabur dan dibasahi hujan yang mencurah-curah. Oleh kerana keadaan semakin
buruk kami mengambil langkah untuk berhenti di RR.

Di RR kami duduk dan bersembang sementara menunggu hujan yang masih lebat. Ini merupakan ride aku yang kedua untuk menuju ke Betong ia agak mengujakan buat aku, iyelah kejadian lama membuatkan aku terbantut untuk sampai ke sana...he..he...he..

apabila cuaca agak baik kami pun meneruskan perjalanan..sampai rr Tapah kami berhenti rehat minum dan makan jam baru pukul 8.00 pg. Lepas isi minyak aku ternampak beberapa group moto besar tengah isi minyak. Kami pun meneruskan berjalan menuju ke grik sebelum ke Pengkalan Hulu.

Pagi itu cuaca agak basah, kelajuan normal je maklumlah ride santai...setelah masuk persimpangan ke kuala kangsar dari highway...kami bertemu 2 orang biker di tepi simpang 4 trafic light...mereka ni geng dual purpose..kami terus bergerak menuju ke grik...jalan dari KK agak besar dan banyak long coner...tapi perlu hati2 sebab kiri kanan ade kg diorang ni suka2 keluar je...


Dari jauh aku terperasan Bikes dual purpose berada di belakang. Bro gong telah menambah kelajuan aku turut sama megikut beliau..jauh juga la kami tinggakan mamat tu..rasa riak mula muncul dalam diri..


apabila sampai kat pekan grik kami pun pergi isi minyak kat sini pun jumpa satu group lagi...geng superbike ni...diorang dah nak belah lepas isi minyak(tak ramah)...tiba2 geng dual purpose tadi lalu diorang terus blah je...ke pengkalan hulu kot...Aku dgn bro gong lepak jap kat stesen minyak jap jam pukul 9.30pg. Bro gong cakap perjalanan dah dekat dah...jalan banyak corner sikit...
9.45pg terus gerak dari grik menuju ke pengkalan hulu..kelajuan tak laju sangat,,,sampai je satu selekoh tiba muncul kereta dia makan jalan aku...kat selekoh ape lagi DAMAGE 2.




INILAH KAWASAN KEJADIAN TERSEBUT








Inilah di antara gambar2 di tempat Kejadian...nantikan sambungan ke-2 wasalam....