Saturday, February 14, 2009

Jumpa Dengan Tun

Saya dengan En. Feroze

Tun memang menjadi idola saya sejak dari kecil lagi..satu masa dahulu saya hanya menyaksikannya di dada akhbar tak pun di television yang masa itu hitam putih dan dicas mengunakan bateri kereta...masa tu kat kampung masih belum ada lektrik lagi...bagi saya beliau adalah genius kerana melaksanakan pelbagai kemudahan dan kesenangan untuk rakyat...dari kerata nasional pertama sehinngga berdiri menara berkembar pertronas
semuanya dilaksanakan semasa pemerintahan beliau.
Tak sangka pada 1 hari saya berkesempatan untuk menemuramah beliau untuk 1 program rancangan untuk syarikat saya. Saya bersama Bos dan Bro Lan serta beberapa krew telah membuat persiapan rapi..saya sempat membeli baju berlengan panjang dan seluar slack untuk dipakai nanti. Tugas saya mudah sahaja cuma mengambil gambar stillfoto semasa proses rakaman dijalankan.
Hari yang dijanjikan pun tiba kami dibawak oleh pegawai untuk menaiki lift di menara berkembar petronas. Pejabat Tun berada tingkat yang paling atas sekali di menara 1 kalau saya tak silap inilah kali pertama saya menaiki lift yang paling tinggi kerana kami terpaksa berhenti di di sesuatu tingkat kemudian ambil lift yang lain untuk menuju ke pejabat Tun.
Setelah sampai kami sempat melihat dari atas kawasan sekitar KLCC memang cantik dan boleh lihat sampai ke batu caves...setelah menunggu sekejap kami dibenarkan untuk setup bagi menjalankan proses pengambaran...
Setelah semua sudah sedia Tun pun keluar dari biliknya. Inilah kali pertama saya melihatnya sendiri dari jarak dekat dan bersalam denganya betul-betul teruja...
Dengan senyumannya Tun menjawab soalan kami dengan bersahaja kagum saya masa tu raut wajahnya tenang sekali.
Setelah selesai saya berkesempatan bergambar dengannya untuk ditunjuk pada anak cucu saya nanti satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.

No comments: