Sunday, November 29, 2009

INFO: COPD

Simptom
  1. Batuk berterusan
  2. Batuk yang berkahak dan berlendir
  3. Sesak nafas ketika melakukan aktiviti fizikal
  4. Mereka yang berusia lebih 40 tahun dinasihatkan berjumpa doktor
Diagnosis
Copd dapat dikenal pasti melalui diagnosis dengan mengenal pasti
sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal, x-ray dan memeriksa fungsi paru-paru

Kesan
Boleh menjejas kualiti hidup pesakit dengan ketara. Ini disebabkan gejala seperti batuk berterusan.

COPD atau Sekatan Pulmonari Kronik dapat dikesan sekiranya anda sering batuk berterusan dengan kahak dan pernafasan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti fizikal seperti menaiki tangga atau pun mandi.
Tabiat buruk merokok sememangnya menjadi punca utama penyakit ini.
Mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok tidak terkecuali
menjadi penghidapnya.
Pencemaran udara jugak sebagai salah satu faktor penyumbang menerusi
sulfur dioksida dan asap hitam. Malah risikonya sama dengan asap rokok.
Copd tiada penawar dan mengancam nyawa. Ia masih boleh dirawat untuk
bertujuan mengawal simptom, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Rujukkan Berita Harian 'Padah COPD' 22 november 2009

No comments: